• Uggah: Sukar sediakan RM33 bilion bagi atasi banjir
  • 1283488913
  • Sebanyak RM33 bilion diperlukan untuk mengatasi masalah banjir di seluruh negara, satu jumlah yang diakui oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, sebagai sukar untuk disediakan serentak.

    douglas uggah embasNamun, katanya, semua projek tebatan banjir akan dijalankan secara berperingkat berdasarkan kepada kemampuan kewangan kerajaan.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran di sini selepas menunggu ketibaan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leong, yang dilaporkan mahu menyerahkan bukti mengenai kejayaan program tebatan banjir yang kononnya diperoleh dari China dan Amerika Syarikat oleh perunding beliau sendiri.

    Wong yang juga ahli parlimen Sibu, bagaimanapun, tidak muncul.

    NONEUggah berkata, berdasarkan satu kajian, sebanyak sembilan peratus daripada kawasan di seluruh negara mudah dilanda banjir dan ia membabitkan lima juta penduduk.

    "Strategi kita ialah melakukan apa yang terdaya berdasarkan kemampuan kewangan. Kita tidak berjanji apa yang kita tidak dapat tunaikan," katanya.

    Mengenai kegagalan Wong untuk hadir, Uggah menasihatkan pengerusdi DAP Sarawak itu supaya tidak memberi harapan palsu kepada penduduk Sibu kononnya rancangan yang beliau ada boleh menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam tempoh dua tahun.

    "Ini hanya satu gimik politik," katanya.

    - Bernama