Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Perak nasihat peneroka jangan percaya dakyah
Diterbitkan:  Sep 6, 2010 4:54 PM
Dikemaskini: 8:56 AM

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihati peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah dan tohmahan terhadap Felcra yang kini giat dijalankan oleh pembangkang.

Beliau berkata usaha pembangkang itu bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan peserta Felcra dengan harapan mereka akan membenci BN.

zambry abdul kadir interview 200409 09 "Sebenarnya, hasil daripada kajian yang mereka (pembangkang) jalankan mendapati kawasan Felcra dan Felda merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dewan Orang Ramai, Kampung Sungai Wangi, Sitiawan dekat Lumut.

Dr Zambry ( kanan ) berkata pelbagai risalah berunsur fitnah kini diedar secara meluas di kawasan-kawasan penempatan peneroka Felcra.

Semalam Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa pihak pembangkang kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap agensi berkenaan termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Dalam majlis lain di Teluk Intan, Dr Zambry berkata konsep saling hormat menghormati antara kaum perlu diperkukuhkan di samping mengelakkan perkara sensitiviti berbentuk provokasi kaum dan agama yang boleh menimbulkan kemarahan.

Katanya tindakan memperlekeh dan memperkecilkan sesuatu agama atau kaum adalah perkara yang tidak boleh diterima.

"Dalam konsep 1Malaysia, kita mempunyai sifat persefahaman yang begitu baik, apabila ada timbul masalah yang berkaitan dengan isu agama, jalan yang pantas dengan mengadakan perbincangan secara musyawarah, "katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 2000 fakir miskin di daerah Hilir Perak.

--Bernama

ADS