Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebuh Raya Utara-Selatan dijangka sibuk mulai esok
Diterbitkan:  Sep 7, 2010 1:42 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Keadaan trafik di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan dijangka semakin sibuk mulai esok berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

plus highway 050105 toll booths urucakap Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berkata, sehingga pagi ini, lalu lintas di Plaza Tol Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah seperti biasa kerana kebanyakan warga Lembah Klang masih bekerja.

"Keadaan di Tol Sungai Besi seperti biasa, namun masih terkawal. Kami jangkakan orang ramai akan pulang ke kampung mulai esok dan Khamis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya keadaan trafik juga dijangka sibuk pada hari raya pertama dan kedua kerana orang ramai mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara-mara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS