Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penggantungan keahlian dalang ‘Sabah 12' kekal

Biro politik PKR hari ini mengumumkan hukuman gantung keahlian selama setahun ke atas tiga anggotanya  yang terlibat dalam penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS) dikekalkan manakala sembilan yang lain dibebaskan dengan amaran keras.

pkr congress agm kota baru 300510 saifuddin Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata ketiga-tiga mereka - Daniel John Jambun, Awang Ahmad Shah and Moses Iking - melakukan kesalahan yang serius.

“Serentak dengan itu parti memandang berat perkara ini dan  tidak akan bertoleransi dengan sesiapa yang didapati terlibat dalam aktiviti yang serupa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, meskipun parti itu gagal ditubuhkan, namun kepimpinan parti berpendapat ketiga-tiga mereka yang merupakan pemegang jawatan utama dalam pendaftaran PCS, iaitu presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong , tidak boleh dilepaskan tanggungjawab dalam kesalahan ini.

sabah pkr pc 221009 02 “Oleh yang demikian, biro politik dengan kuasa yang dimandat oleh majlis pimpinan pusat berpendapat hukuman penggantungan keanggotaan ke atas tiga  anggota tersebut dikekalkan,” katanya.

Untuk sembilan anggota yang lain iaitu Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester Mujim, Innocent Makajil, Nasir Sami, Harry Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi  - mereka dilepaskan daripada penggantungan setahun dengan amaran keras tidak mengulangi kesilapan sama.

Menurut Saifuddin, mereka juga diingatkan untuk menunjukkan kelakuan baik sepanjang menjadi anggota parti dan diberi amaran PKR tidak akan ada sekelumit keraguan untuk memecat sebarang individu sekiranya perkara ini berulang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS