Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusat mangsa kini beroperasi
Diterbitkan:  Sep 8, 2010 1:36 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mewujudkan pusat perlindungan bagi menempatkan mangsa kes pemerdagangan orang sebelum nereka dihantar pulang ke negara asal, kata Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, tiga pusat bagi mangsa lelaki terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Bekenu di Sarawak dan di Melaka.

human trafficking tip report 131607 prostitute held Manakala, katanya, tiga pusat bagi mangsa wanita dan kanak-kanak yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula terletak di Likas, Sabah dan dua di Kuala Lumpur termasuk satu yang khusus untuk kanak-kanak.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian elaun dan kuih hari raya kepada petugas Pusat Perlindungan Pemerdagangan Orang di Tanjung Keling di Melaka, malam semalam.

Abu Seman berkata, rumah perlindungan di Tanjung Keling yang mula beroperasi 15 Ogos lalu kini menempatkan 68 orang mangsa yang terdiri daripada 33 warga Bangladesh, Sri Lanka (25), Vietnam (8) dan India (2).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS