Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bonus: Cuepacs harap tidak dikecewakan lagi
Diterbitkan:  Sep 22, 2010 5:28 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

civil servants government workers "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan,"  katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Beliau yang ditemui selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan  Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban  tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh  negara.

    

Katanya ia juga merupakan ransangan bagi penjawat awam untuk menjayakan setiap dasar kerajaan.

"Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

"Selain bonus, Cuepacs dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan  dan sebagainya," katanya.

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500  warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

"Dalam kedudukan ini, mereka yang terbabit didapati merasa gusar serta dalam keadaan tidak tenang dan tertekan untuk menjalankan tugas kerana kedudukan mereka  yang masih terumbang-ambing dan tidak ada jaminan.

"Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga," katanya.

- Bernama

ADS