Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan mengadakan 'majlis penerangan' tengahari esok mengenai kegagalannya untuk menganjurkan wacana ilmu mahasiswa berpolitik.

NONE Jurucakap kumpulan tersebut berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan wacana itu dengan kerjasama majlis perwakilan pelajar pada 30 September lalu.

Program itu, katanya, bertajuk 'Wacana ilmu mahasiswa berpolitik: Adakah kita sudah bersedia'.

nasrudin hassan Manakala ahli panel yang dijemput ialah ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri);  presiden GAMIS, Mohd Idris Mohd Yusoff; pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Sarjit Singh serta timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan itu kepada jabatan hal ehwl pelajar (JHEPA) UMP untuk mendapatkan kelulusan.

Bagaimanapun, katanya, JHEPA tidak bersetuju dengan tajuk serta barisan ahli panelnya dan meminta mereka memindanya serta menukar senarai penceramah.

Pada 24 September, katanya, mereka telah mengadakan perjumpaan dengan Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berhubung program tersebut.

Dalam pertemuan itu, kata jurucakap itu, pihaknya telah mengemukakan tajuk baru yang berkaitan usaha penyuburan demokrasi  di kalangan mahasiswa di kampus.

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff Mengenai ahli panel pula, katanya, mereka mengekalkan Dr Sarjit dan Saifuddin serta mencadangkan nama Dr Daing untuk menggantikan Nasrudin dan Mohd Idris (kanan).

Bagaimanapun, katanya, Dr Daing meminta supaya mereka menukar lagi tajuk kepada yang "lebih bersifat global".

Dalam pertemuan itu, tambahnya, naib canselor turut memberi beberapa cadangan tajuk yang berkaitan dengan sosial dan integriti.

Berikutan masalah untuk kelulusan itu, katanya, mereka mengubah tarikh mengadakan wacana kepada 7 Oktober (esok).

"Kebetulan pada tarikh tersebut, berlangsung ekspo konvokesyen UMP, dan kami mencadangkan kepada pengerusi ekspo supaya wacana diadakan sewaktu ekspo berlangsung," katanya.

Pengerusi berkenaan bersetuju tetapi mereka mengambil keputusan untuk membatalkannya.

Berikutan itu, katanya, mereka akan mengadakan majlis penerangan esok bagi menyuarakan pandangan dan rasa tidak puas hati mereka berhubung isu berkaitan program berkenaan.

Katanya, majlis penerangan itu akan diadakan di kafeteria kolej kediaman pertama UMP pada jam 12 tengahari esok.

Beliau menganggarkan sekitar 100 orang pelajar dijangka menghadiri majlis penerangan itu.

ADS