Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Urusniaga Plus digantung menjelang Bajet 2011
Diterbitkan:  Oct 14, 2010 12:42 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Urus-niaga syarikat konsensi lebuhraya terbesar negara, Plus Expressways Bhd di Bursa Malaysia digantung apabila pasaran saham dibuka pagi ini hingga jam 5 petang esok, sementara menunggu pengumuman utama.

plus highway Pengumuman itu dijangka esok ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan membentangkan ucapan Bajet 2011 esok.

Menurut Plus, tindakan menggantung urus-niaga itu diminta oleh pemegang saham utamanya.

Konglomerat milik kerajaan Kumpulan UEM Bhd memegang 38.5 peratus saham Plus, manakala badan pelaburan kementerian kewangan Khazanah Nasional Bhd pula mempunyai kepentingan 16.7 peratus. UEM adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01 Sejak beberapa minggu lalu, timbul spekulasi bahawa Kumpulan UEM menjadi sasaran untuk diambil-alih oleh MMC Corporation yang dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

Sebelum ini, Najib pernah dilaporkan berkata kerajaan telah menerima lima cadangan bagi pengambil-alihan Kumpulan UEM, yang pernah dimiliki oleh Umno sehingga ia dibelenggui masalah hutang.

Cadangan itu dipercayai akan dikemukakan Najib pada ucapan Bajet 2011 pada jam 5 petang esok.

MMC dipercayai mengintai beberapa projek Kumpulan UEM yang membawa pulangan yang besar. Selain Plus, ia termasuk perkhidmatan sokongan hospital menerusi Faber Group Bhd dan syarikat pemaju hartanah UEM Land Holdings Bhd.

penang second link bridge 030408 01 Syarikat itu juga dijangka akan diberi kontrak bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang.

MMC menghadapi saingan sengit darita firma swasta Asas Serba Sdn Bhd, yang bercita-cita menguasai rangkaian lebuhraya di Malaysia.

Syarikat itu didakwa dibelakangi oleh jutawan, Tan Sri Halim Saad, bekas ketua Kumpulan UEM dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

[Baca berita penuh]

ADS