Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas KP Imigresen bebas tuduhan rasuah
Diterbitkan:  Oct 15, 2010 9:51 AM
Dikemaskini: 7:19 AM

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan rasuah.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Rosbiahanin Arifin selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

NONE Wahid, 58, didakwa menerima suapan RM60,000 pada tahun 2008 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia.

Wahid, didakwa menerima wang itu sebagai bayaran upah dan kesalahan itu didakwa dilakukan rumahnya di Jalan Lembah Ledang,  Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

syed hamid albar visit new chow kit police station 061108 03 Sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Ogos tahun lalu, pihak pendakwaan telah memanggil 40 saksi termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar ( kanan, berbaju putih ), Low dan beberapa ejen pekerja asing.

SPRM kemuka rayuan

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mendengar keputusan hakim, Wahid menyatakan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya selepas dituduh di mahkamah.

Wahid yang telah berkhidmat selama 33 tahun dengan perkhidmatan kerajaan, berkata beliau akan kembali bertugas setelah dua tahun berhadapan dengan proses perbicaraan.

Wahid akan menyambut ulang tahun ke-58 kelahirannya pada bulan depan.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan media hari ini berkata pihaknya telah meminta bahagian perundangan dan pendakwaan suruhanjaya berkenaan untuk memfailkan notis rayuan.

“SPRM yakin bahawa kes ini adalah kes yang kukuh. Tiada sebarang alasan lisan atau alasan bertulis diberikan oleh Mahkamah Sesyen berhubung keputusan tersebut,” kenyataan itu dipetik.

ADS