Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SAPP akan tanding di Batu Sapi
Diterbitkan:  Oct 16, 2010 3:31 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, 4 November ini.

yong teck lee sabah sapp party pc 230409 02 Perkara itu diumumkan oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

"Kerana ia hanya pilihan raya kecil, keputusan kami tidak akan menyaksikan perubahaan dalam kerajaan negeri tetapi SAPP akan goncang BN menyebabkan ahlinya lari,” katanya pada sidang akbar di ibu pejabat parti itu.

Mengulangi hasrat parti itu untuk merampas kerajaan negeri pada piliuhan raya umum akan datang, yong berkata kemenangan kepada SAPP penting bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Katanya juga adalah penting bagi Sapp memenangi kerusi yang mempunyai majoriti penduduk bumiputera seperti Batu Sapi.

Ini ujian getit bagi parti itu setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.

sapp pc to contest batu sapi 161010 Yong bagaimanapun cuba mengelakkan jawapan pemberita apabila ditanya mengenai peluang SAPP dengan mendakwa Umno yang sepatutnya gusar kerana batu Sapi adalah kubu kuat mereka.

"Apa peluang kita? Batu Sapi adalah kerusi tradisional Sapp (bila ia bertanding) untuk BN," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia mencalonkan diri sendiri pada pilihan raya 4 November ini Yong berkata parti belum membuat keputusan.

"Calon adalah paling utama dalam mana-mana pilihan raya, tetapi ada masa yang sesuai untuk semua perkara.

azlan "Hari ini (kita umumkan) untuk bertanding. Calon kita akan diumumkan kemungkinan pada 23 November di Sandakan, bila kita rasmikan pejabat baru di kawasan Karamunting dan Batu Sapi" katanya sambil menambah mereka telah mengenalpasti lokasi pejabat berkenaan sebelum Aidilfitri.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya,  Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771

ADS