Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali selamat dibedah
Diterbitkan:  Oct 18, 2010 11:35 AM
Dikemaskini: 9:39 AM

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung kini selamat menjalani pembedahan.

Ketua Wira NGO Melayu itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, Ibrahim dimasukkan ke bilik pembedahan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Pembedahannya terhadap ahli parlimen Pasir Mas itu bermula selama dua jam mulai 1.00 petang tadi, kata Arman Azha.

"Beliau (Ibrahim) dijangka dipindahkan ke ICU sebentar lagi," katanya.

171010 perkasa presiden ibrahim ali hospital khairy jamaluddin

Kelmarin, Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata selepas dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya stabil dan hospital hanya membenarkan anggota keluarga untuk melawat Ibrahim.

Beliau berkata selepas membuat pemeriksaan akibat tidak sihat sejak tiga minggu lalu, Ibrahim dinasihatkan supaya segera membuat pembedahan.

Sementara itu, menulis dalam laman Facebook, Arman Azha semalam memberitahu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin - yang pernah 'bertingkah' dengannya di media - turut mengambil peluang menziarahinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS