Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AGM Umno bincang usul agama, pendidikan
Diterbitkan:  Oct 23, 2010 9:23 AM
Dikemaskini: 1:32 AM

Perhimpunan Agung Umno 2010 yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi ini dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh wakil Umno Perak Datuk Rosli Husin.

Perhimpunan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bermula pukul 8.30 pagi.

Seramai 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain mereka ialah ketua-ketua dari ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).

Perhimpunan itu yang melabuhkan tirainya hari ini dihadiri seramai 2,543 perwakilan.

--Bernama

ADS