Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penasihat jentera pilihan raya DUN Galas PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pula menafikan tanggapan bahawa parti itu telah membuat perjanjian dengan BN untuk tidak membangkitkan isu royalti minyak.

"Isu royalti tidak dibawa bukan kerana apa-apa perjanjian dengan Ku Li tidak, tidak.

"Tiada halangan ataupun sekatan tentang isu itu," katanya dalam satu sidang media di markas PAS di Gua Musang hari ini.

Sebaliknya isu tersebut tidak dibawa memandangkan hanya beberapa orang sahaja dalam PAS yang arif dengan isu berkenaan.

Razaleigh enggan sahkan 'perjanjian budiman'

"Hanya beberapa orang pemimpin dalam PAS yang boleh bawa isu ini, kerana ia memerlukan olahan fakta dan maklumat, ilmu yang tinggi.

"Kita tak bawa isu ini kerana tak ada lagi pemimpin PAS di sini yang boleh berceramah tentang isu ini.

"Jika (exco kanan kerajaan Kelantan) Husam (Musa) atau (naib presiden PAS) Salahuddin (Ayub) ada di sini, kita mungkin akan bawa isu ini, kerana mereka arif tentang hal ini," katanya lagi.

Sementara itu, pengarah jentera BN di Galas Tengku Razaleigh Hamzah (kanan) pula enggan mengesahkan sama ada 'perjanjian budiman' itu benar-benar berlaku.

Ditemui di satu program di Sungai Terah pagi ini, Tengku Razaleigh juga tertawa apabila diajukan soalan berkenaan.

"Saya tidak tahu, anda tanyalah mereka. Adakah saya budiman atau tidak budiman?

"Anda rasa ada perjanjian? Jadi, jangkaan anda itu samalah dengan dengan jangkaan saya," katanya.

ADS