Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir meningkat kepada 48,000
Diterbitkan:  Nov 4, 2010 10:20 PM
Dikemaskini: 2:43 PM

Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah dan Perlis meningkat kepada 48,440 orang petang ini.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Rantau Panjang, Kelantan pulih sepenuhnya apabila kesemua 475 mangsa pulang ke rumah masing-masing sejak tengah tadi.

Di Kedah, keadaan banjir di empat daerah dilaporkan semakin buruk dengan bilangan penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 33,413, berbanding 28,473 pagi tadi.

Jumlah teramai dipindah adalah dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang dan yang begitu ketara di Kota Setar.

Manakala  keadaan di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka di pusat pemindahan berkurangan.

Di Kubang Pasu, 15,672 penduduk daripada 4,347 keluarga, Padang Terap (2,737 daripada 696 keluarga), Kota Setar (12,960 penduduk daripada 3,342 keluarga), Pokok Sena (1,868 daripada 327 keluarga) dan daerah Pendang merekodkan 176 penduduk daripada 44 keluarga dipindahkan.

     

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga jam 4 petang tadi, 105 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 adalah di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, lapan di Pokok Sena dan satu di Pendang.     

NONE Katanya keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 482 orang daripada 144 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.

Keadaan di Kota Setar adalah buruk dan tinjauan Bernama mendapati

paras air semakin naik walaupun hujan telah berhenti.

    

Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula digenangi air menyebabkan keadaan sesak manakala beberapa kawasan kediaman berdepan dengan gangguan bekalan air termasuk terputus bekalan.

    

Semakin banyak jalan di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena terpaksa ditutup kerana dinaiki air manakala di Padang Terap bilangannya  berkurangan sedikit.

    

Antara jalan yang dinaiki air:

KOTA SETAR

1. Jalan Pantai Johor – Gunung Keriang

2. Jalan Kuala Sungai – Sungai Baru

3. Jalan Alor Setar – Kepala Batas

4. Jalan Kepala Batas – Bukit Pinang

5. Jalan Hutan Kampung – Kepala Batas

6. Lebuhraya Darulaman (beberapa bahagian)

7. Jalan Alor Setar - Kangar

8. Jalan Alor Mengkudu-Tok Keling

9. Jalan Titi Besi-Kampung Pasir

10. Jalan Langgar - Pendang

11. Jalan Pantai Johor - Gunung Keriang

12. Jalan Gunung Keriang-Alor Janggus

POKOK SENA

1. Jalan Lengkuas – Derang

2. Jalan Derang – Batu 11 Pokok Sena

3. Jalan Bukit Payong-Kg Cina

4. Jalan Bukit Tembaga-Kuala Pai-Lembah Arang

KUBANG PASU

1. Jalan Tanah Merah – Wang Tepus

2. Jalan Kepala Batas – Kemunting

3. Jalan Jitra – Sungai Korok

4. Jalan Tunjang – Teluk Malek

5. Jalan Teluk Malek – Kampung Naga

6. Jalan Jitra – Bukit Wang

7. Jalan Napoh – Wang Tepus

8. Jalan Changlun – Kodiang

9. Km 10.2 hingga Km28 Lebuhraya Utara Selatan

10. Jalan Jitra-Kelubi

11. Jalan Jitra-Alor Rambai-Kepala Batu

PADANG TERAP

1. Jalan Kampung Kubu – Simpang Nai Teh

2. Simpang Nai Teh – Kampung Tengah

3. Jalan Masjid Kuala Nerang – Kampung Rambutan

Di Kelantan, keadaan banjir di Rantau Panjang pulih sepenuhnya apabila kesemua 475 mangsa yang dipindahkan di tiga pusat pemindahan telah pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari ini.

Jurucakap Bilik Operasi Gerakan banjir Pasir Mas berkata pihaknya juga akan menutup bilik operasi itu pada bila-bila masa sahaja.

   

"Mereka kini dibenarkan kembali ke rumah masing-masing berikutan keadaan hampir pulih sepenuhnya," katanya kepada Bernama.

   

Jalan alternatif yang menghubungkan Rantau Panjang dan Jeli di Kampung Lalang Pepuyu yang terputus sejak tiga hari lepas juga sudah dibuka semula kepada semua kenderaan hari ini.

   

Sementara itu, pegawai penyelaras pusat pemindahan di stesen keretapi lama Mohd Pauzi Ariffin berkata pusat itu akan ditutup sepenuhnya petang ini.

"Semua mereka sudah pulang untuk membersihkan rumah dan mengambil peluang daripada cuaca panas hari ini," katanya.

   

Dalam pada itu, Ketua Unit Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Rantau Panjang Lt Yusnizam Jusoh berkata lebih 300 anggotanya yang sebelum ini terlibat dalam penyediaan makanan, akan ditugaskan membantu penduduk membersihkan rumah mereka.

   

"Tugas kami tidak berhenti setakat menolong mangsa sebelum dan semasa banjir, tetapi turut membantu mangsa banjir walaupun selepas berlaku bencana alam itu ," katanya.

   

Yusnizam berkata anggotanya juga diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir pusingan kedua yang dijangka melanda pertengahan bulan ini.

   

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memberitahu Bernama, bacaan paras air Sungai Golok semakin surut pada 9.75 meter walaupun masih melepasi paras bahaya 9 meter.

   

"Paras air sungai utama yang lain sudah kembali ke paras normal," katanya.

- Bernama

ADS