Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pinjaman untuk projek gagal kerana banjir
Diterbitkan:  Nov 7, 2010 6:55 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta agensi pinjaman di bawah kementerianya, Agro Bank dan Tekun melihat semula pinjaman yang telah diberikan

kepada para petani yang kerugian selepas tanaman atau ternakan mereka musnah dalam kejadian banjir.

"Jika perlu, pinjaman kedua diberikan untuk mereka yang terbukti projek mereka gagal kerana banjir," katanya pada sidang media selepas menutup Majlis Satu Komuniti Satu JPJ, di Kampung Sungai Tengi Kanan di Tanjung Karang hari ini.

Beliau berkata ada petani di Kedah dan Perlis yang ternakan mereka seperti ikan keli, ayam, kambing dan lembu serta tanaman kontan musnah akibat dilanda banjir.

Sesetengah daripada mereka ini meminjam daripada Agro Bank dan Tekun bagi melaksanakan projek berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai stok beras negara, Noh berkata tidak ada masalah kerana Malaysia mempunyai stok penimbal beras kira-kira 200,000 ton.

Bagaimanapun, beliau berkata banjir yang melanda utara Semenanjung melewatkan usaha negara untuk mampu menyara diri dalam bekalan beras kerana petani terpaksa menanam semula padi mereka.

Buat masa ini pesawah mengeluarkan 70 peratus keperluan beras negara dan baki 30 peratus terpaksa diimport dari luar, katanya.

--Bernama

ADS