Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dianggap masih bertanding jawatan tersebut sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membuat keputusan berhubung penarikan beliau.

"JPP akan buat keputusan. Tidak ada surat rasmi (daripada Zaid). Selepas diterima, JPP akan membuat keputusan... Beliau kena tulis surat (penarikan diri)," kata timbalan setiausaha agung Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman.

NONE Sharifah Shahidah berkata JPP dijangka mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung status kedudukan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden pagi ini.

Zaid membuat pengumuman mengejut menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR kerana mendakwa sepanjang pemilihan PKR,  kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penyelewengan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Pada sidang media di ibu pejabat parti, Sharifah Shahidah berkata beliau terkejut dengan keputusan Zaid yang mengundurkan diri setelah hanya 87 daripada 222 cabang PKR selesai mengadakan pemilihan yang memasuki minggu kedua berakhir semalam.

Ditanya mengenai dakwaan terdapatnya tuduhan penyelewengan pemilihan yang menyebabkan Zaid berbuat demikian, Sharifah Shahidah enggan mengulas.

Pada sidang media yang sama, Sharifah Shahidah juga mengumumkan keputusan rasmi 78 daripada 87 cabang yang selesai mengadakan pemilihan mereka.

azlan Keputusan rasmi bagi jawatan timbalan presiden, Azmin Ali mendapat 4,378 undi, manakala Zaid memperolehi 3,410 undi dan Mustaffa mendapat 1,181 undi.

"Esok kita akan mengemaskini keputusan untuk 87 cabang itu," katanya sambil menambah ibu pejabat parti sedang menunggu kertas keputusan rasmi daripada sembilan cabang.

Sembilan cabang berkenaan adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Libaran, Sepanggar, Sipitang, Putatan, Beluran,Tawau dan Pasir Mas.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini bagi 87 cabang yang berakhir semalam - keputusan tidak rasmi - Azmin terus di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Nurul mendahului

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

azlan Bagi jawatan naib presiden, empat pemimpin yang mendapat undi terbanyak adalah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar 4,845 undi; ahli parlimen Batu Tian Chua 3,933 undi, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman 3,552 undi dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh 3,370.

Bagi jawatan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) penyandangnya Shamsul Iskandar mendapat 1,455 undi. Manakala pencabarnya ahli MPP Badrul Hisham Shahrin mendapat 1,428 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR pula Zuraida Kamaruddin terus mendahului dua pencabarnya dengan mendapat 1,568 undi.

Dua lagi Animah Ferrar mendapat 489 undi manakala Suraya Sudin memperolehi 570 undi.

ADS