Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP tuntut gaji menteri pertahanan dipotong RM10
Diterbitkan:  Nov 11, 2010 4:11 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.

ahmad zahid hamidi “Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.

Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lau apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara.

Beliau mendedahkan rekruit berbangsa Cina dan India masing-masing hanya berjumlah 1.2 peratus daripada jumlah yang diterima sepanjang tahun 2008 dan 2009.

Pembangkang yang tidak puas hati dengan kenyataan itu membidas Zahid yang didakwa mempersoalkan kesetiaan masyarakat bukan Melayu, manakala MCA pula mendakwa ada masalah dengan perkhidmatan ketenteraan yang menyebabkan golongan itu meminggirkan kerjaya di angkatan tentera.

military tentera askar soldier malaysia 260307 wataniah Zahid semalam menjelaskan beliau tidak mempersoalkan kesetian masyarakat bukan Melayu dan menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme.

Katanya rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.

"Sebagai buktinya, ada beberapa Jeneral dalam Tentera Darat, dua Jeneral dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu Jeneral dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kalangan bukan Melayu pada masa ini," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS