Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Kerdau keluar hospital
Diterbitkan:  Nov 16, 2010 3:17 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang dimasukkan kali kedua ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di Temerloh akibat tekanan darah tidak stabil, telah dibenarkan pulang hari ini.

NONE Pengarah hospital itu, Datuk Dr Bahari Datuk Awang Ngah, berkata Zaharuddin, 63, telah sihat sepenuhnya dan dibenarkan pulang 10 pagi tadi.

Zaharuddin, ketika ditemui, berkata beliau telah sihat dan akan menjalankan tugasnya sebagai ADUN Kerdau seperti biasa.

"Setelah menerima rawatan, keadaan darah sudah stabil, cuma doktor menasihatkan saya supaya banyak berehat," katanya.

Zaharuddin pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus pada Mei lalu.

- Bernama

ADS