Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Naib presiden DAP Perak: Kula tolak, Siva terima

Bekas timbalan pengerusi negeri M Kulasegaran menolak tawaran daripada pucuk pimpinan baru DAP Perak supaya memainkan peranan sebagai naib pengerusi.

maika holding shareholders meeting 300807 kulasegaran

"Selepas menimbangkan semua pandangan dan perkembangan dan suasana dalam DAP Perak, saya putuskan menolak tawaran daripada jawatankuasa negeri," kata Kulasegaran dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun, Kulasegaran berikrar akan kekal setia pada DAP dan Pakatan Rakyat.

"Saya berjanji akan memainkan peranan aktif di peringkat negeri dan politik nasional untuk membantu mencapai dua objektif pilihan raya - demi menawan semula Perak dan menuju ke Putrajaya," katanya.

Dalam pemilihan DAP negeri Ahad lalu, hampir semua pasukan Kulasegaran ditewaskan pasukan yang dipimpin pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Ketika memilih 15 ahli jawatankuasanya, Kulasegaran terlepas peluang apabila hanya mendapat tempat ke-16.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS