Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengumuman besar Samy Vellu Isnin ini
Diterbitkan:  Nov 23, 2010 4:22 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang akan mengundurkan diri tidak lama lagi, dijangka membuat pengumuman besar berkaitan hal ehwal parti itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Isnin ini.

samy vellu mic agm 110710 04 "Untuk makluman anda mesyuarat CWC pada 29 Nov, saya akan sampaikan banyak perkara kepada CWC dan mereka akan membuat keputusan perkara yang akan dilakukan. Itulah yang saya boleh katakan kepada anda hari ini," katanya kepada emberita selepas menyerahkan cek kepada pelajar-pelajar di Ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai "perkara" yang akan diumumkan, beliau yang menerajui parti tu hampir 32 tahun berkata: "Banyak perkara, perkara yang hendak dilakukan dan semua itu".

Bagaimanapun, sumber-sumber percaya bahawa pengumuman presiden itu mungkin termasuk pengumuman tarikh beliau akan bersara.

Samy dijangka menyerahkan pucuk pimpinan itu kepada timbalannya Datuk G Palanivel yang akan memangku jawatan presiden sehingga pemilihan MIC akan datang.

Sebelum ini, bekas Menteri Kerja Raya itu berkata beliau akan mengundurkan diri pada Januari tahun depan.

Perkembangan terbaru hari ini mengukuhkan lagi spekulasi bahawa Samy akan dilantik sebagai duta khas oleh kerajaan untuk membantu mendapatkan projek-projek infrastruktur di India.

Ketika ditanya pemberita jika beliau merancang untuk berehat selepas bersara, beliau berkata: "Tidak ada perkara berehat dalam hidup saya. Hidup saya seperti enjin diesel, anda tidak boleh memberhentikannya.

"Anda mesti membiarkannya bergerak, barulah ia lebih kuat dan lebih baik," tambah beliau.

Beberapa hari lalu, Samy juga telah membuat pengumuman bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai rancangannya selepas bersara pada 13 Dis, sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan biografi pemimpin kaum India itu.

- Bernama

ADS