Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN BN desak Harakah mohon maaf
Diterbitkan:  Nov 24, 2010 12:09 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

ADUN Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada BN memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan PAS, Harakah , supaya memohon maaf berhubung laporan yang didakwa tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

NONE Menurut Bernama , Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin Umno adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang malam semalam.

Harakah dalam laporannya 15 November lalu mendakwa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," beliau dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Harakah juga melaporkan bahawa Muhamad Farid mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

ADS