Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat dijemput iringi MB serah memo ke Agong
Diterbitkan:  Nov 26, 2010 9:57 AM
Dikemaskini: 4:44 AM

Penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini, lapor TVSelangor .

exco interview 170408 halimah ali Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.

"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.

"Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," katanya.

Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.

NONE Pada sesi dialog semalam, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.

Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya.

"Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.

NONE "Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu.

ADS