Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pemimpin PKR S'gor ketuai protes antipemilihan

Kira-kira 50 orang yang mengaku ahli PKR membuat protes di luar Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya pagi ini kerana membantah proses pemilihan PKR yang didakwa tidak telus.

Protes tersebut diketuai oleh bekas bendahari PKR Selangor KS Kottapan sejurus sebelum Kongres PKR kira-kira jam 9.10 pagi di luar pintu pagar masuk ke dewan persidangan.

protest outside pkr congress 271110 03 Mereka berhimpun selama kira-kira 15 minit sebelum diarahkan bersurai oleh pengawal keselamatan PKR yang ditugas mengawal keselamatan penjalanan kongres.

Mereka memegang beberapa kain rentang. Paling menonjol yang bertulis "General Anwar please resign, we don't need A dictator in our party" (Jeneral Anwar sila berundur, kami tidak perlu diktator dalam parti).

Selepas itu, beberapa pengawal keselamatan hadir memujuk dan mengarahkan mereka bersurai, menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil di antara beberapa individu yang hadir.

pkr congress 271110 chasing media Ini disebabkan, kumpulan itu berkeras mahu meneruskan bantahan mereka kerana "mempunyai hak untuk berhimpun di situ".

Pengawal keselamatan PKR turut meminta petugas media masuk ke dalam kerana menganggap perkara tersebut sudah selesai.

Bercakap kepada pemberita, KS Kottapan menyuarakan perasaan tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang didakwa "didalangi oleh pemimpin atasan".

"JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) tidak telus dan berat sebelah," katanya sambil menambah pihaknya hadir ke situ dan tidak mahu menimbulkan kekecohan.

pkr congress 271110 anwar anak tiri india Sebelum ini, terdapat dua protes yang sama diadakan di ibu pejabat parti di Petaling Jaya berhubung isu yang sama.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media bersama Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu biro politik parti telah mengusulkan supaya Kottapan dipecat.

"Bagaimanapun, ia hanya akan berkuat kuasa selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berbincang dan menerimanya," jelasnya.

ADS