Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isu pemecatan bekas ahli Majlis Perbadaran Klang, Tee Boon Hock daripada DAP menjadi tumpuan apabila ramai penyokongnya bangun di konvensyen DAP Selangor hari ini untuk memprotes "tindakan keras" yang diambil dalam pengendalian kesnya.

selangor dap 281110 tee boon hock Ahli dari beberapa cawangan, khususnya Klang, berkeras pertanyaan mereka dijawab, sehingga mendorong pengerusi konvensyen Ng Wei Aik meminta masa rehat tiga minit untuk memutuskan sama ada beliau akan mengizin atau tidak, perbahasan mengenai isu tersebut.

Tee (kanan) hadir di luar dewan konvensyen itu berlangsung hari ini.

Setiausaha publisiti jawatankuasa perhubungan parlimen Klang, Loo Hock Chai mula membangkitkan isu tersebut, dengan bertanya mengapa parti mengambil tindakan sekeras itu terhadap Tee, yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli MPK dengan mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya.

Ketua DAP cawangan Klang Ivan Ho pula menambah bahawa usul untuk membahaskan kes Tee telah dikemukakan kepada jawatankuasa penganjur konvensyen tersebut tiga minggu sebelumnya, sebagaimana yang disyaratkan.

"Ini adalah tempat yang tepat untuk menderaf resolusi yang kita boleh kemudiannya beri kepada kepimpinan nasional untuk menangani ketidakadilan ini," katanya disambut tepukan gemuruh pera penyokong di bahagian belakang dewan.

  selangor dap 281110 alan ho foo keong Apabila diberitahu bahawa pengerusi tidak menerima sebarang usul untuk membahaskan isu tersebut, seorang lagi ahli, Teh Huat Tong, bangun menunjukkan salinan usul tersebut sebagai bukti penghantarannya kepada jawatankuasa penganjur.

Seorang perwakilan dari Balakong, Tan Chiew Wah, juga mencabar parti untuk mendakwa Tee di mahkamah atas kesalahan pecah amanah (CBT) jika, seperti yang telah didakwa, mereka mempunyai bukti cukup untuk membuktikan Tee bersalah melakukan jenayah.

Ketua cawangan Kuala Langat, Low Chai Yong menegaskan bahawa ahli akar umbi tidak memiliki saluran terbaik, kecuali dalam konvensyen tersebut, untuk menyuarakan apa sahaja keluhan mereka mengenai hal ehwal parti, seperti dalam kes Tee.

"Apakah cawangan mempunyai hak untuk menangai setiap isu dalam parti, atau hanya jawatankuasa perhubungan Selangor sahaja yang mempunyai hak itu? Ini menunjukkan parti tidak menghormati akar umbi, dan kami mahu mendapatkan kembali hak-hak akar umbi selepas konvensyen ini, "katanya.

Ng kemudian menolak usul untuk membahaskan pemecatan Tee kerana jawatankuasa negeri telahpun dibubarkan untuk pemilihan parti dan tidak lagi dalam kedudukan untuk membuat sebarang keputusan.

Tambahnya, usul yang dikemukakan oleh cawangan Teluk Pulai, tidak dideraf dengan sempurna kerana ia hanya memaklumkan kepada konvensyen untuk merayu supaya Tee diterima semula dan bukan untuk mendapatkan konsensus konvensyen.

[Baca berita penuh]

ADS