Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PPP: Kenyataan Wan Azizah malukan Melayu
Diterbitkan:  Dec 2, 2010 3:49 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.

nik sapeia nik yusof Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.

"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya di Kuala Krai, hari ini.

Nik Sapeia berkata, sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS