Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah menerima maklumat dan sedang menyiasat penganjuran perhimpunan besar oleh dua pihak di ibu negara pada Ahad ini.

NONE "Kita ada maklumat dan kita sedang menyiasat perkara ini untuk menilai lagi berita yang kita dengar kononnya akan ada perhimpunan ini," katanya ketika ditanya sama ada polis telah mengenalpasti dalang di sebalik penganjuran perhimpunan itu.

Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan berbaju merah itu berkemungkinan bertembung dengan kumpulan NGO antipenyelewengan kerajaan negeri (berbaju hitam) - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) - yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.

Kedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis.

NONE Dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini, Ismail menegaskan mana-mana pihak yang hendak berkumpul hendaklah memohon permit daripada pihak berkuasa.

"Sudah tentulah kalau mana-mana orang atau pihak yang hendak berkumpul di tempat (orang) ramai, seperti biasa kita kena ada permit.

"Dan saya masih menilai maklumat dan menunggu laporan daripada pegawai saya tentang perkara ini," katanya lagi.

ADS