Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perhimpunan Nasional Mahasiswa akan berlangsung di ibunegara pada 11 Januari depan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor.

NONE Perhimpunan sehari itu dijangka disertai 300 peserta daripada 85

institusi, dengan masing-masing diberi masa dua minit untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi.

Berikutan itu, perhimpunan tersebut akan menyenarai-pendekkan lima isu untuk dibincangkan oleh lima kumpulan bagi menggariskan pelan tindakan untuk dibahaskan dalam Parlimen Siswa selepas itu.

Parlimen Siswa itu terdiri daripada semua peserta perhimpunan, yang pada masa ini seramai kira-kira 150 orang selepas pendaftaran dibuka minggu lalu - terima kasih kepada Facebook dan Twitter.

Perhimpunan itu adalah percuma dan semua kos ditanggung melalui sumbangan dan dana yang dikutip oleh anggota sekretariat, sesetengahnya masih dalam usia remaja.

NONE "Parlimen Pelajar akan memutuskan halatuju kita seterusnya, sama ada

perhimpunan itu dijadikan acara tahunan dan bagaimana hendak melaksanakan pelan tindakan tersebut," kata pelajar pendidikan P

Dinesweri (dua dari kanan).

Dineswari, 23 - pelajar tahun dua Universiti Malaya - adalah sebahagian daripada sekumpulan 33 pemuda dan pelajar universiti awam dan swasta dari seluruh negara yang sedang menggerakkan mahasiswa untuk disatukan di bawah satu payung.

[Baca berita penuh]

ADS