Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang setara dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi menangani agenda bumiputera.

bumiputera economic congress 290510 congress secretary zubir harun Mendakwa unit kerajaan itu tidak berkesan menangani agenda itu, Pengerusi Biro Ekonomi PERKASA Zubir Harun ( kiri ) berkata, badan baru itu boleh memfokuskan kepada usaha meningkatan kebajikan ekonomi kepada orang Melayu.

"Tiada komitmen daripada pelbagai agensi dalam pelan tranformasi mereka," dakwanya.

Katanya, badan itu boleh dinamakan Unit perancangan, Perlaksanaan dan Pemantauan Prestasi Ekonomi Bumiputera.

"Ketua pegawai eksekutifnya patut diberikan kedudukan menteri. Jika tidak, ia hanya menjawab kepada perdana menteri," kata Zubir yang juga naib presiden PERKASA.

Beliau juga menambah, kebanyakan makmal yang ditubuhkan bagi mengkaji kebajikan ekonomi bumiputera juga tidak berkesan setakat ini.

[Baca berita penuh]

ADS