Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tenang: Tindakan tegas jika kempen awal
Diterbitkan:  Dec 29, 2010 3:21 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak menjalankan sebarang bentuk kempen di DUN Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula 22 Januari ini.

Pengarah SPR Johor, Othman Noh berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini, berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya dalam sidang media di Johor Baharu.

SPR menetapkan 22 Januari ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha  pada 17 Disember lalu.

Allahyarham yang mewakili BN memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi, menewas calon PAS, Mohd Saim Siran.

Othman berkata, SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.

SPR, katanya, mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil tersebut, berbanding 73.5 peratus dalam pilihan raya umum lalu.

--Bernama

ADS