Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Teoh: PM dijadual umum suruhanjaya diraja
Diterbitkan:  Jan 7, 2011 11:51 AM
Dikemaskini: 4:21 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media petang ini dan dipercayai akan mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya siasatan diraja bagi mencari punca kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di  Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

[Berita penuh menyusul]

ADS