Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertelingkahan berhubung dakwaan bahawa ADUN Komtar, Ng Wei Aik telah membuat kenyataan rasis terhadap seorang pemilik restoran, belum reda walaupun beliau telah menafikan sekeras-kerasnya pernah berbuat demikian.

Sekumpulan India Muslim merancang satu lagi protes terhadap Ng,  selepas bantahan yang sama diadakan di Komtar minggu lalu, di mana Kongres India Muslim Malaysia (KIMM) menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, mendesak beliau mengambil tindakan terhadap setiausaha politiknya itu.

NONE Naib presiden Persatuan Peniaga Komtar (KMA), Abdul Ghani Mohammad Jiman (kanan), salah satu penganjur perhimpunan esok, berkata protes tersebut akan diadakan di pejabat kerajaan negeri di tingkat 3 Komtar pada jam 2 petang, selepas solat Jumaat.

Dalam SMS yang dihantar media, Abdul Ghani mengucap terima terhadap sokongan kepada Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang .

Kumpulan tersebut yang dianggar berjumlah 100 orang, dijangka memulakan perhimpunan itu dari Masjid Simpang Enam, yang terletak beberapa meter dari Komtar.

Sementara itu, Ng menyuarakan rasa kecewanya terhadap serangan peribadi terhadapnya oleh mereka yang menurutnya, tidak benar-benar dapat menilai rasional di sebalik tindakan yang diambil di restoran India Muslim oleh kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. (MPPP).

Ng, yang juga setiausaha Pemuda Pakatan Penang berkata, kemalangan pada 2 Januari lalu, yang melibatkan dua kereta hampir mengorbankan beberapa pelanggan restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, yang memerlukan tindakan segera diambil oleh MPPP.

Kakitangan MPPP itu telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima, tambahnya.

Katanya, tindakan MPPP itu adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang serius berlaku ke atas pelanggan restoran tersebut, serta memastikan keselamatan awam," kata Ng dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]

ADS