Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Skim perkhidmatan khusus untuk guru KAFA diteliti
Diterbitkan:  Jan 29, 2011 5:43 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Kerajaan sedang meneliti satu skim perkhidmatan khusus untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ketika ini guru KAFA berkhidmat secara kontrak dan memperolehi kemudahan hanya yang terdapat dalam senarai jadual kontrak.

"Peluang dan kelebihan daripada skim tersebut (skim perkhidmatan khusus) seperti cuti bersalin, kemudahan hospital, pinjaman perumahan dan kenderaan dan soal-soal kebajikan yang lain yang menjamin masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan beramah mesra dengan guru KAFA, imam dan guru takmir Zon Selatan, di Segamat, hari ini.

Jamil Khir berkata, penelitian mendalam perlu dilakukan sebelum skim itu diperkenalkan kerana ia akan melibatkan syarat-syarat pengambilan seperti kelulusan akademik.

azan islam call to prayer Beliau berkata, skim itu tentunya berbeza dengan perkhidmatan kontrak yang lebih terbuka yang tidak memerlukan kelulusan akademik tertentu.

Katanya, skim cadangan itu perlu dikaji secara mendalam sebelum ditawarkan kerana sekiranya ditawarkan sekarang akan menyebabkan nasib guru yang tidak memenuhi syarat akan terjejas.

Katanya setakat ini terdapat lebih 33,000 orang guru KAFA sedang berkhidmat di seluruh negara.

- Bernama

ADS