Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik oleh kerajaan persekutuan akan dibenarkan mengambil sumpah kerahsiaan di hadapannya minggu depan.

Namun, beliau enggan memberikan tarikh yang tepat, tetapi sebaliknya menyatakan beberapa perkara perlu dibincang terlebih dulu.

NONE "Ia minggu depan. Kami akan maklumkan kepada anda. Kita ada jadual,” kata Khalid.

Khalid juga berkata sebaik mengangkat sumpah kerahsiaan itu, setiausaha kerajaan negeri Selangor itu akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco.

Namun, menurutnya, Khusrin tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat tertentu walaupun sudah mengangkat sumpah simpan rahsia.

"Kita akan menstrukturkan mesyuarat exco kepada dua bahagian.

"Ini bermakna selepas ini akan ada dua mesyuarat exco iaitu yang boleh dihadiri Khusrin dan satu lagi beliau tidak boleh ada. Sebab itu sekarang ini exco kerajaan negeri sedang teliti yang mana Khusrin boleh ada dan tidak boleh ada," jelasnya.

Ini kata Khalid adalah perkara yang lazim dilakukan kerana ada kalanya, exco yang dilantik oleh rakyat perlu membincangkan perkara tertentu tanpa kehadiran pegawai ex-officio.

"Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS