Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo HRP diteruskan walau tanpa permit
Diterbitkan:  Feb 26, 2011 6:56 PM
Dikemaskini: Feb 27, 2011 2:05 AM

Perhimpunan yang dirancang oleh Parti Hak Asasi Manusia (HRP) akan tetap diteruskan esok walaupun ianya dilarang oleh pihak polis dan kerajaan.

NONE "Ia tetap diteruskan. Tidak ada perubahan," kata ketua penerangannya, S Jayathas.

Bercakap dengan Malaysiakini, beliau berkata, kerajaan telah berkali-kali menolak permohonan mereka untuk mendapatkan permit polis.

Jayathas berkata surat-surat telahpun dihantar kepada ketua polis negara, Kementerian Dalam Negeri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

"Tidak ada sebarang jawapan pun dari mereka," katanya.

Namun, katanya, HRP akan berhimpun di Kuala Lumpur pagi esok yang mereka harap akan mengulangi perhimpunan Hindraf pada November 2007 yang disertai oleh 30,000 orang.

Ketika itu, Hindraf telah menganjurkan demonstrasi terbesar di ibunegara, yang merupakan kemuncak kepada ketidakpuasan hati masyarakat India kerana didakwa dipinggirkan.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannon Hindraf kemudiannya diharamkan dengan lima  pemimpinnya ditahan

di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka semua telah dibebaskan, dan sebahagiannya kini bersama HRP.

Sambil mengakui perhimpunan esok mungkin tidak sebesar 2007, tetapi Jayathas berkata, mereka berharap bahawa "dua atau tiga ribu orang" akan keluar menyertai protes anti-rasis itu.

[Baca berita penuh]

 

 

ADS