Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ruang legar Komtar dikosong untuk ubahsuai
Diterbitkan:  Mar 3, 2011 7:41 PM
Dikemaskini: Mar 4, 2011 2:08 AM

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengarahkan semua peniaga kecil di ruang konkos tingkat tiga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengosongkan ruang perniagaan masing-masing bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuian dan menaiktaraf ruang itu.

    

Pengurus Besarnya, Datuk Rosli Jaafar berkata kerja-kerja menaiktaraf itu melibatkan dari segi pencahayaan, membaiki lantai dan dinding di kawasan tingkat tiga dan empat yang berharga RM1.5 juta akan dimulakan dalam masa dua minggu lagi dan dijangka siap sepenuhnya Julai ini.

    

Katanya kerja-kerja yang telah tertangguh sebanyak empat kali sejak Julai tahun lepas itu bertujuan untuk meningkatkan suasana perniagaan yang lebih baik di samping menarik lebih ramai pengunjung ke Komtar.

    

"Sebanyak 15 orang peniaga sebelum ini telah bersetuju untuk berpindah dari tapak di kawasan itu dan mereka diberikan tapak sementara di kawasan aras tiga dengan kadar sewa yang sama iaitu sebanyak RM50 sehari ataupun ditempatkan di aras empat dengan kadar sewa RM25 sehari," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

    

Beliau berkata kesemua peniaga terlibat akan dibenarkan berniaga semula di ruang asal setelah kerja-kerja naiktaraf siap sepenuhnya.

    

osli mengulas tindakan seorang peniaga yang tidak berpuas hati dengan arahan berpindah itu dan menimbulkan kekecohan apabila pasukan penguatkuasa mengambil tindakan.

- Bernama

ADS