Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ukur kejayaan P Pinang melalui reaksi rakyat'

DAP menyangkal kritikan BN bahawa prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang adalah mengecewakan sepanjang tiga tahun memerintah  negeri tersebut.

NONE ADUN Komtar, Ng Wei Aik berkata, prestasi Pulau Pinang sepatutnya dinilai dengan mengukur sambutan rakyat, bukannya berdasarkan kepuasan BN.

Ng (kanan) berkata pentadbiran yang diketuai Ketua Menteri Lim

Guan Eng mempunyai ruang untuk diperbaiki, tetapi maklum balas itu dari rakyat adalah “agak positif dan memberangsangkan”.

Beliau menegaskan banyak perubahan yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri pada pada 2008.

Contohnya, terdapat peningkatan dalam bendang pengurusan kewangan, ketelusan dan pelaburan.

Sehubungan itu, NG menggesa para pengkritik supaya menilai keadaan ekonomi dengan melihat angka pelaburan yang dibawa masuk ke negeri itu - yang tertinggi di negara ini, bagi tahun lalu.

“Anda boleh menilai kedudukan ekonomi kita dengan melihat pada angka pelaburan. Jika mereka tidak yakin dengan negeri ini, masakan mereka datang melabur di sini, dan mengatasi (jumlah pelaburan di) Selangor pada tahun lalu?" soalnya.

Ng menjawab dakwaan BN bahawa Pakatan tidak mengotai janjinya untuk memaju dan membangunkan negeri itu

zainal abidin osman Ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman (kiri) berkata pemerintah tiga tahun Pakatan di negeri itu, adalah

"mengecewakan".'

Manakala pengerusi Gerakan negeri itu, Datuk Dr Teng Hock Nan pula mengkritik gabungan itu kerana didakwa tidak menyelesaikan banyak

masalah yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah menarik jumlah pelaburan asing yang tertinggi di negara ini pada tahun lalu, dengan mencatatkan sejumlah RM12.238 bilion - melonjak 465 peratus berbanding tahun 2009.

'Kami perlukan masa'

Mengenai masalah seperti kesesakan lalulintas dan keadaan hidup, Ng berkata, isu-isu tersebut memerlukan masa untuk ditangani.

“Kami telah mendesak wakil rakyat kami supaya menjaga kawasan masing-masing, dan kami telah menyediakan mereka dengan sumber-sumber untuk berbuat demikian,” katanya.

“Masalah ini wujud di mana-mana, tetapi mungkin BN sangat naif dengan memikirkan bahawa ia boleh dihapuskan sepenuhnya."

Mengenai kenaikan harga hartanah, Ng berkata, adalah sukar untuk mengawal pengaruh pasaran, sambil menegaskan bahawa perumahan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat melalui Akta Pembangunan Perumahan.

Sehubungan itu, kata Ng, kerajaan negeri telah merancang untuk melulus rang undang-undang bagi membolehkan sebuah lembaga perumahan ditubuhkan.

“Walaupun kita tidak boleh menyelesaikan dengan segera semua aduan-aduan mengenai perumahan, tetapi sekurang-kurangnya kami telah cuba untuk (mengambil) beberapa kuasa daripada kerajaan pusat itu,” tegasnya lagi.

“Bila merangka rang undang-undang itu, kami terpaksa mengguna undang-undang negeri yang lain sebagai rujukan untuk meyakinkan penasihat undang-undang kerajaan negeri (supaya meluluskan dokumen tersebut).”

Menurutnya Ng lagi, kerajaan negeri telah mencuba untuk meningkatkankankebersihan di Pulau Pinang. Bagaimanapun, kerajaan pusat mahu mengambil alih pengurusan sisa, dan ini telah menjejaskan usaha Pakatan bagi membawa pembaharuan dalam majlis-majlis bandaran.

taxi public transport malaysia 180908 04 “Kami turut mencadangkan untuk menyesuaikan tarif teksi untuk meyakinkan para pemandu supaya menggunakan sistem meter, tetapi ini tidak diluluskan oleh kerajaan pusat yang bertanggungjawab terhadap pelesenannya,” katanya.

“Mengenai pilihan raya kerajaan tempatan, kami benar-benar mahu melaksanakannya tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian, walaupun mereka (BN) boleh menang beberapa kerusi.”

Ng mempersalahkan pemusatan kuasa dalam kerajaan pusat sebagai punca semua masalah yang melanda Pulau Pinang.

“Lim sangat sibuk, adalah mustahil untuk beliau masuk campur dalam semua aspek,” kata Ng, yang juga setiausaha politik Lim.

“Jangan ikat tangan dan kaki kami dankemudiannya mencabar kami untuk berlawan dalam gelanggang."

ADS