Ghazali memberitahu Bernama hari ini bahawa Rahim belum dipanggil oleh polis berhubung pendedahan itu.Menurutnya, buat sementara waktu Rahim enggan memberi sebarang ulasan lanjut dengan alasan beliau telahpun mendedahkan kepada media semalam bahawa beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
Dua hari lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung video itu yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara.
- Bernama
PROPERTY
