Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Belum ada perkara yang dimuktamadkan berhubung isu alkitab berbahasa Melayu dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu semua pihak menghentikan spekulasi isu itu sehingga ia dianggap selesai.

NONE Katanya, sehingga semua pihak terbabit duduk semeja mencari penyelesaian dan membentangkan kepadanya, Hishamuddin mahu rakyat tidak membuat spekulasi dan berhenti mengulas kerana ia mungkin menjejaskan hubungan antara penganut Kristian dan Islam.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, dikatakan dibenar mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Idris.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

azlan Namun mengulas perkara itu, hari ini Hishamuddin menafikan kerajaan telah memuktamadkan penyelesaian tersebut.

"Tiada yang telah dimuktamadkan berhubung perkara ini. Saya nasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang akan menjejaskan hubungan.

"Belum ada apa-apa yang dibentangkan kepada saya (selaku menteri dalam negeri). Kecuali semua pihak duduk semeja dan mencari penyelesaian dan dibentangkan kepada saya, orang ramai tidak harus buat spekulasi,” kata Hishamuddin.

Menurut beliau kes isu penggunaan kalimah Allah juga masih pada peringkat mahkamah.

[Baca berita penuh]

ADS