Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Teoh ditemu bual tiga pakar psikiatri
Diterbitkan:  Apr 15, 2011 6:02 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini ditemu bual tiga pakar psikiatri secara tertutup di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di Kuala Lumpur.

Anggota keluarga mendiang yang hadir dengan ditemani peguam, Gobind Singh Deo ialah ibu dan bapa Teoh iaitu Teng Shuw Hor dan Leong Hwee serta abang dan adik perempuannya, Meng Kee dan Lee Lan.

Pakar psikiatri terbabit ialah perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor, Dr Bada'iah Yahya, perunding psikiatri Kementerian Kesihatan, Dr Nor Hayati Ali dan Dr Paul Mullen dari Melbourne, yang dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen membenarkan temu bual itu diadakan bagi mengenal pasti sifat dan sikap mendiang sebelum kematiannya.

Teoh, 30, Setiausaha Politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan negeri Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS