Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Senator Dr Syed Husin Ali mendakwa berlaku campurtangan polis cawangan khas (SB) dalam proses penapisan pelantikan pensyarah dan profesor emeritus.

NONE Beliau mendakwa ia adalah satu gangguan oleh pihak berkuasa yang

tiada kaitan dengan pentadbiran universiti,” katanya.

Syed Husin (kiri), yang turut membangkitkan perkara itu dalam usul terima kasihnya kepada titah Yang di-Pertuan Agong semalam,

menambah, gangguan SB adalah lebih buruk dan lebih bahaya daripada campurtangan politik.

Pada suatu ketika dahulu, dakwanya, pelajar hanya diterima masuk ke universiti jika mendapat 'sijil kesesuaian' yang berasaskan kepada

laporan SB.

"Peraturan ini dilawan oleh mahasiswa dan akhirnya ditarik balik, katanya dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.

“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis sebelum boleh diterima. Namanya dirujuk

kepada pihak keselamatan (biasanya SB). Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh SB, barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya.

"Biasanya, hubungan dan pendirian politik pemohon itupun boleh menjadi alasan menyekat pelantikannya," kata Syed Husin.

Beliau juga mendakwa, SB turut campurtangan dalam pelantikan profesor emeritus.

Katanya,  gelaran tersebut diberikan kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik.

“Adalah diketahui bahawa ada kes di mana seorang bekas profesor terkenal tidak diberi gelaran profesor emeritus oleh sebuah universiti ulung kerana disekat oleh pihak SB.

"Badan-badan akademik di universiti itu bersetuju menganugerahkan gelaran ini kepada bekas bekas profesor berkenaan.

“Tetapi, apabila sampai ke peringkat lembaga universiti, campurtangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerahkan," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS