Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baru: Mengapa PKR bertanding di 49 kerusi?
Diterbitkan:  Apr 21, 2011 12:23 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Apabila PKR mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding 49 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, ramai yang beranggapan parti itu yang baru setahun jagung cuba membolot lebih daripada apa yang sepatutnya.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa parti itu tidak mahu berkongsi bebanan dengan sekutu Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

NONE Bagaimanapun menurut pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, parti berkenaan dan Pakatan Rakyat membuat keputusan yang tepat.

Katanya, prinsip Pakatan adalah supaya semua kerusi mesti ditandingi kerana pengundi mesti disedarkan bahawa gabungan itu serius untuk mengambil-alih kerajaan negeri.

"Kita tidak boleh beri kemenangan percuma kepada pihak lain. Jika ia berlaku, ini akan mematahkan moral kami. Ini adalah strategi kami,” kata Baru.

Namun Baru mengakui bahawa strategi berkenaan amat tinggi kosnya kepada PKR kerana kempen di kawasan pedalaman memerlukan sumber yang intensif.

Sebahagian daripada Pakatan

"Bebanan ke atas kami lebih berat manakala DAP menang lebih banyak kerusi kerana semua sumber mereka dapat ditumpukan (di beberapa bandar). Tetapi ini adalah okay kerana kami semua sebahagian daripada Pakatan,” katanya.

Menurut Baru, tiga isu utama yang dihadapi semasa pilihan raya lalu adalah kelemahan jentera parti, pemilihan agen pilihan raya dan pengiraan (PACA) dan kekangan kewangan,

NONE Baru juga mendedahkan di beberapa kawasan undangan negeri, PKR hanya mempunyai beberapa ranting yang kecil dan ada juga yang langsung tiada yang wujud. Di peringkat Wanita, parti itu hanya mempunyai lima cabang pada peringkat bahagian.

"Saya telah menekankan perkara ini berulang kali tetapi ramai pemimpin tempatan kita masih beranggap kepopularan calon adalah memadai. Saya beritahu mereka untuk menubuhkan ranting di semua rumah panjang.

“Di kawasan saya ada 30 cawangan yang termasuk cabang pemuda dan wanita. Pergerakan wanita, khususnya agak efektif,” kata Baru.

 

[Baca berita penuh]

ADS