Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

KOMEN Pilihan raya Sarawak telah berlalu dan perhatian sekarang ialah menilai implikasinya di peringkat negeri dan pusat. Banyak perhatian tertumpu kepada ramalan tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang - sama ada akan diadakan dalam beberapa bulan ini atau akan berlanjutan sehingga 2013.

NONE Padangan saya masih kekal, iaitu perlunya masa diberikan

sebelum jentera pilihan raya pusat diatur sekali lagi, ekoran cabaran-cabaran yang muncul sewaktu kempen pilihan raya Sarawak dan risikonya terlalu tinggi kepada BN jika ianya diadakan tahun ini.

Dataran politik sekarang lebih tidak menentu. Dalam hubungan itu, tulisan ini akan meneliti implikasi politik, 'masam-manis' cabaran yang BN perlu hadapi ekoran keputusan pilihan raya Sarawak. Esok, tulisan ini akan meneliti implikasinya terhadap Pakatan Rakyat.

Keputusan pilihan raya  Sarawak menunjukkan bahawa BN mengalami 'luka' yang serius dan perlu membuat keputusan yang sukar untuk meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud dilihat sebagai pemenang tunggal terbesar daripada keputusan pilihan raya negeri. Kejayaan mengekalkan majoriti dua pertiga tanpa parti pimpinannya - PBB - kalah satu kerusi pun, telah memberinya lebih masa untuk memilih penggantinya.

NONE Majoriti dua pertiga juga membolehkannya menguasai perbahasan di Dewan Undangan Negeri dan akhirnya berundur mengikut termanya sendiri.

Pada masa yang sama, adalah jelas bahawa Taib akan menghadapi tekanan yang semakin meningkat supaya berundur, dan tidak mungkin apat terus memimpin BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Sebagai isu utama sewaktu kempen, nama baiknya telah tercemar dan kini beliau berdepan dengan satu tugas amat mencabar untuk memulihkan semula reputasi dan legasinya.

Tuduhan-tuduhan dalam lamanweb Sarawak Report telah mengubah sikap ketua menteri paling lama di Malaysia yang tidak lagi menoleh kebelakang. Taib terselamat, tetapi beliau berdepan dengan persekitaran politik yang lebih menimbulkan perbalahan daripada sebelum ini.

Beliau juga berdepan satu keputusan yang sukar - tentang siapa yang akan dilantik sebagai penggantinya kerana terdapat ramai calon yang layak, dengan Datuk Abang Johari Abang Openg mendahului laluan.

azlan Taib perlu menguruskan persaingan dalaman partinya untuk mengambil alih tampuk pimpinan, dengan sestengahnya prihatin berkaitan dengan peralihan kuasa.

Isu-isu seperti peranan kepentingan keluarga Taib, dinamik antara orang Melayu dan Melanau dan persepsi perlunya kepimpinan yang kuat dalam kem BN,  kini telah dibahaskan secara terbuka.

Taib, yang dilihat sebagai salah seorang ahli politik yang paling berpengalaman di Malaysia, perlu mengemudi isu-isu ini dalam masa yang singkat dan malah, akan menjadi sasaran penelitian yang lebih besar.

[Baca berita penuh]

ADS