Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes bicara Ling tipu kabinet ditangguh 1 Ogos
Diterbitkan:  May 3, 2011 11:15 AM
Dikemaskini: 5:29 AM

Pihak pendakwaan dalam kes melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik kerana menipu kabinet meminta perbicaraan yang ditetapkan hari ini ditangguhkan.

Ketua pendakwaan daripada Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu mahkamah bahawa 23 kertas kabinet dan minit mesyuarat berkaitan perkara itu belum diubah status.

azlan "Kabinet baru-baru ini meluluskan deklasifikasi dokumen terbabit. Bagaimanapun, kita perlu merujuknya kepada pelbagai kementerian.

"Dokumen itu bukan hanya penting untuk kes ini, tetapi terdapat hal lain perlu diambil kira, di mana ia harus kekal rahsia dan tidak boleh diketahui umum," katanya.

Tun Majid meminta supaya perbicaraan ditunda ke Julai apabila  semua dokumen dijangka selesai diubah status.

Peguam Ling, Wong Kian Kheong bahawa pihak pendakwaan bersedia meneruskan kes itu walaupun belum menerima dokumen berkaitan kerana bekas menteri itu ingin sekali membersihkan namanya.

NONE "Anak guam saya berumur 67 tahun dan berkhidmat dalam kabinet dan kerajaan selama 17 tahun. Beliau mahu bersihkan dirinya sejak didakwa Julai tahun baru," katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Ahmadi Asnawi yang kelihatan marah dengan permohonan itu berkata kes tersebut ditetapkan disebut pada Disember lalu, pendakwaan perlu memastikan bahawa dokumen diubah status dan salinannya diberi kepada pihak pembelaan.

"Saya tidak akan benarkan lagi sebarang penangguhan selepas ini," katanya.

Selepas seketika, Ahmadi menetapkan 1 hingga 12 Ogos untuk perbicaraan.

Dalam reaksi segera, Ling menyatakan kekesalannya atas penangguhan itu kerana sudah sembilan bulan menunggu untuk itu.

[Baca berita penuh]

ADS