Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank Negara naikkan kadar dasar OPR - 3 peratus
Diterbitkan:  May 6, 2011 8:20 AM
Dikemaskini: 12:49 AM

Bank Negara menaikkan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus dengan harapan tindakan itu mampu memastikan kadar inflasi terkawal serta memperlahankan

kenaikan ringgit.

Menurut Reuters , tindakan itu juga dikatakan bakal menyaksikan kenaikkan kadar yang lain.

bank negara 270307 Bank Negara yang bermesyuarat enam kali setahun bagi menentukan kadar itu berkata penanda aras OPR dinaikkan 3 peratus daripada 2.75 peratus, naik 25 mata asas manakala paras keperluan rizab berkanun (SRR) akan dinaikkan kepada 3 peratus daripada 2 peratus, naik 100 mata asas berkuat kuasa 16 Mei.

Sementara itu, Bernama melaporkan ketua ahli ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd Anthony Dass berkata bankpusat mengambil langkah menaikkan OPR memandangkan ia tidak mahu ketinggalan setelah kadar faedah bank pusat serantau meningkat.

"Yang mengejutkan ialah kenaikan dalam OPR. Kami melihat tindakan itu sebagai langkah BNM untuk tidak mahu ketinggalan di belakang.

ringgit money exchange rate 230507 ringgit dollar "Kebanyakan negara telah menaikkan kadar faedah dan Malaysia masih di belakang. Jika kita kekal di paras lama dan hanya menaikkan kemudiannya apabila inflasi berterusan meningkat, ia akan menghasilkan kadar dinaikkan pada kadar yang lebih tinggi," kata beliau.

Bank pusat telah menaikkan OPR tiga kali tahun ini daripada dua peratus dan secara beransur-ansur mengurangkan SRR sejak Disember 2008 daripada empat peratus kepada satu peratus pada Mac 2009.

Data terkini oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan indeks harga pengguna (IHP) bagi Mac meningkat sebanyak tiga peratus kepada 102.4 berbanding setahun dulu.

ringgit money exchange rate 230507 exchange board Sementara itu, ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata kenaikan dalam SRR adalah dalam jangkaan pasaran.

"Kenaikan dalam OPR mencerminkan bahawa BNM memberi lebih wajaran kepada inflasi berbanding pertumbuhan ekonomi dan mereka mahu mengimbangi kenaikan ringgit pada kadar perlahan," katanya.

Mengenai institusi kewangan, Nazri berkata bank-bank akan membuat penyelarasan seiring dengan kenakan kadar, bagaimanapun disebabkan oleh persaingan pasaran, pelarasan akan perlahan.

"Bank-bank akan mengikutinya tetapi kemungkinan mereka tidak akan menyaurkan jumlah sepenuhnya kepada pelanggan mereka sekali gus," katanya.

ADS