Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyokong yakin Mat Sabu dapat pencalonan tertinggi

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu difahamkan mendahului jumlah pencalonan bagi jawatan timbalan presiden menjelang pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607 Selepas kawasan PAS selesai bermesyuarat semalam, penyandang jawatan tersebut, Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, difahamkan menerima pencalonan kedua terbanyak, dan diikuti oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Seorang lagi yang dicalonkan ialah pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Man tetapi beliau telahpun menolak pencalonan tersebut. Sebaliknya beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya.

Dua lagi penyandang jawatan naib presiden ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Setakat ini hanya Mohamad dan Nasharudin yang mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

NONE Sumber-sumber yang rapat dengan Mohamad berkata bekas naib presiden itu memang dijangka mendapat banyak pencalonan untuk bertanding jawatan berkenaan bagi kali kedua.

Ibupejabat PAS akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pencalonan untuk pemilihan pucuk pimpinan parti itu, termasuk bagi jawatan naib presiden dan sayap-sayapnya.

Malaysiakini

difahamkan Mohamad yang juga bekas ahli parlimen Kubang Kerian dan Kuala Kedah, mendapat sokongan padu dari  sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah dan Negeri Sembilan.

nasha greet nik aziz Manakala Nasharudin ( kiri ) pula dikatakan mendapat sokongan di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Datuk Husam Musa yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang memperolehi 480 undi.

Manakala Husam memperoleh 281 undi dan Mohamad mendapat 261 undi.

Mengikut perlembagaan parti, jumlah perwakilan yang layak ke muktamar agung setiap tahun, berdasarkan kepada jumlah ahli di peringkat kawasan.

Kawasan yang mempunyai ahli kurang daripada 2,000 ahli, layak menghantar empat perwakilan layak ke muktamar agung.

pas muktamar in kota bharu Manakala kawasan yang mempunyai lebih daripada jumlah tersebut, dibenarkan menambah seorang lagi perwakilan bagi setiap pertambahan seribu ahli yang berdaftar.

Dan jumlah perwakilan kawasan ke muktamar tidak melebihi sepuluh orang.

ADS