Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafie: Ahli Umno diminta fokus persiapan PRU-13
Diterbitkan:  May 21, 2011 3:25 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Semua ahli Umno diminta supaya memberi fokus (keutamaan) terhadap persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

shafie apdal and mps no defection pc 280808 04 Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebab itulah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan dengan tujuan supaya ahli Umno tidak memikirkan tentang pemilihan atau pun perebutan jawatan di peringkat bahagian.

"Oleh itu, kita mahu jentera pilihan raya parti di semua peringkat (Wanita, Pemuda dan Puteri) supaya memberi tumpuan khusus kepada PRU ke-13 kerana kita sedar dan tahu bahawa pilihan raya umum kali ini bukanlah satu pilihan raya yang kita harus ambil ringan," katanya kepada pemberita di Bahau, hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jempol 2011. Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Jempol yang juga Anggota Parlimen Jempol Datuk Lilah Yassin.

Sehubungan itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ahli parti (Umno) harus bergerak bagi memastikan supaya kekuatan parti yang ada dapat dipertingkatkan.

    

NONE Katanya jentera pilihan raya Umno sebenarnya telah bersiap sedia, jika berdasarkan kepada beberapa pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Contohnya, mana mungkin kita boleh mendapat kejayaan dalam pilihan raya kecil di Tenang, Kerdau, Merlimau, Galas, Bagan Pinang dan juga pilihan raya peringkat negeri Sarawak jika kita tidak bersedia.

"Itu merupakan ujian kekuatan jentera pilihan raya parti kita," katanya.

Bagaimanapun, beliau mahu jentera pilihan raya parti dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

NONE Mohd Shafie juga meminta semua ahli Umno supaya bekerja keras kerana keadaan pilihan raya umum berbeza dengan pilihan raya kecil.

"Oleh itu, parti perlu kuat dan begitu juga dengan pimpinan semua peringkat, baik di peringkat nasional, perhubungan negeri dan bahagian perlu kuat dan berpadu teguh," katanya.

- Bernama

ADS