Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian penubuhan Lynas Advance Material Plant (Lamp) melawat tapak pusat memproses nadir bumi di Zon Industri Gebeng yang bernilai RM700 juta hari ini.

Gebeng terletak 25 km utara dari Kuantan, berhampiran pelabuahan Kuantan.

NONE Pasukan pakar itu tiba di pusat latihan sumber manusia Lynas di Gebeng pada jam 8.30 pagi bagi menghadiri taklimat oleh firma Australia itu sebelum berlepas ke kawasan 40 hektar pusat itu.

Mereka tiba di pintu utama pada jam 11.40 pagi sambil diiringi oleh anggota polis.

Anggota media yang menunggu di luar sejak jam 9 pagi, bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Mereka juga dinafikan maklumat berhubung jadual panel IAEA semasa di Kuantan itu.

Seorang anggota polis memberitahu wartawan mereka juga dikerahkan bertugas sejak 6 pagi dan tidak dimaklumkan berhubung jadual atau atur cara lawatan berkenaan.

Tiada tanda-tanpa kehadiran pasukan anti-Lynas “Selamatkan Malaysia’ mahupun kumpulan agresif pro-Lynas yang mencetuskan ketegangan semasa sesi rundingan dengan orang awam yang diadakan di Teluk Cempedak, baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

ADS