Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib tiba di Singapura untuk dialog Shangri-La
Diterbitkan:  Jun 3, 2011 5:07 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Singapura hari ini untuk menghadiri Dialog Shangri-La ke-10 Institut Antarabangsa Bagi Kajian Strategik (IISS).

Ketibaan Najib, yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Hussin Md Nayan.  

Najib dijadual menyampaikan ucaptama pada pembukaan forum itu.

Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Robert Gates dan Pemangku Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, petang ini.

 Dialog Shangri-La, yang dikenali sebagai forum tahunan Sidang Kemuncak Keselamatan Asia, dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Kajian Strategik (IISS) Singapura sejak 2002.

Persidangan itu memberi peluang kepada kepada wakil dari 28 negara anggota dari rantau Asia Pasifik dan Eropah untuk berkongsi maklumat, bertukar-tukar pandangan dan menjalin kerjasama dalam soal keselamatan.

Menurut Hussin, semasa mesyuarat dengan Gates, Perdana Menteri dijangka berbincang mengenai pertahanan dan isu-isu keselamatan yang lain manakala dengan Teo, beliau akan memfokuskan kepada soal kepentingan dua hala.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS