Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pilihan raya ketua kampung tiada kaitan dengan PRU'

Projek perintis pemilihan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di tiga kampung baru yang bakal dilaksanakan di seluruh negeri Selangor tiada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

NONE Menurutnya, projek perintis itu bukannya medan untuk menguji sentimen penduduk dan menilai sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum terdahulu.

"Kita tiada niat untuk uji di peringkat kampung, ini bukan tujuan kita.

"Kerajaan negeri mahu mengembalikan hak pada penduduk untuk memilih ketua kampung mengurus tadbir hal dalam kampung tersebut," katanya kepada pemberita di bangunan SUK, Shah Alam, pagi tadi.

Ean yang juga ADUN Seri Kembangan berkata kerajaan negeri telah menetapkan bajet RM60,000 bagi melaksanakan projek perintis di  ketiga-tiga buah kampung berkenaan.

Ditanya mengapa kampung Cina dipilih sebagai projek perintis dan bukannya kampung Melayu, beliau berkata pilihan itu dibuat kerana kampung berkenaan teletak di bawah portfolionya manakala ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menjaga portfolio kampung Melayu.

NONE "Selain itu, ia turut mendapat sokongan daripada wakil rakyat di ketiga kampung berkenaan, atas sebab itu kita pilih ketiga-tiga kampung ini.

"Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk memperluaskannya pada masa hadapan sekira projek perintis (ini) mendapat sambutan menggalakan daripada penduduk kampung," katanya.

ADS