Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penguasaan Inggeris pekerja M'sia di tangga ke-3
Diterbitkan:  Jun 7, 2011 3:32 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Tahap penguasaan bahasa Inggeris tenaga kerja Malaysia tidak setanding negara jiran apabila hanya menduduki tempat ketiga daripada lima negara dalam ujian English Language Assessment (Penilaian Bahasa Inggeris)(ELA).

budget belanjawan negara civil workers ELA yang dijalankan laman web pekerjaan JobStreet.com mendapati tenaga kerja Singapura menduduki tempat pertama dalam semua kategori pekerja dan pekerja di Filipina menduduki tangga kedua.

Thailand dan Indonesia pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima, kata JobStreet.com dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Ujian ELA merupakan seleksi 40 soalan yang dipilih secara rawak untuk menguji dan menilai kebolehan golongan terbabit dalam bahasa Inggeris.

Graduan dari Malaysia yang baru bekerja secara purata menjawab 27 daripada 40 soalan dengan betul, manakala graduan baru dari Filipina dan Singapura masing-masing mendapat 28 dan 30 jawapan tepat.

    

Jurang perbezaan antara pekerja Malaysia dan Singapura mnunjukkan graduan masa kini kurang fasih berbahasa Inggeris, kata kenyataan itu.

civil servants government workers "Trend ini merisaukan kerana kebolehan berkomunikasi merupakan salah satu daripada lima ciri utama yang menjadi kriteria majikan apabila menilai pemohon-pemohon kerja.

"Ini bermakna mereka yang tidak arif berbahasa Inggeris akan menghadapi kesukaran apabila mencari kerja," kata Pengurus negara Malaysia JobStreet.com, Chook Yuh Yng dalam kenyataan itu.

Keputusan ELA turut menunjukkan 'eksekutif kanan' dari Malaysia secara purata mendapat 29/40 sementara pengurus pula mendapat 31/40.

Pekerja Malaysia yang mencatatkan markah tertinggi adalah dari bidang kewartawanan (33/40), perubatan (32/40) dan pengurus taraf atas (31/40), sementara pekerja paling lemah dalam pengusaan bahasa Inggeris adalah jurutera industri (25/40, kerani (26/40) dan pekerja am (24/40).

ELA yang dilancarkan pada November 2009 berjaya menarik lebih 1.5 juta pekerja dari Asia Tenggara untuk menguji tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka.

- Bernama

ADS